sekapur sirih

Assalamualaikum...

Pembangunan ekonomi umat Islam telah dibincangkan di segenap pelusok dunia Islam, tapi jalan penyelesaiannya belum ditemui.

Salah satu senjata yang dapat menyekat atau menghalang kerakusan barat adalah sumber semulajadi yang tidak dapat di tanam atau didapati di negara mereka.

Sejarah membuktikan bahawa penaklukan portugis ke atas Melaka adalah disebabkan ingin mendapatkan bekalan rempah dan gaharu.

Pokok Depu/Karas/Aquilaria adalah pokok yang akan menghasilkan Gaharu, dan ia hanya boleh tumboh di kawasan asia tenggara dan selatan India dan China.

Di Malaysia ia tumboh dengan subor di kawasan hutan dan semua jenis tanah kecuali kawasan berair. Di Selatan Thailand ia ditanam didalam Ladang Getah yang di selang seli oleh pokok ini. Gaharu hanya boleh dihasilkan dari pokok ini dan tidak boleh dicipta melalui kaedah saintifik, menunjukan permintaan dari Barat Dan Asia Barat amat tinggi sehingga ia mempunyai nilai lebih Mahal dari emas.

Penghasilan semulajadi Gaharu adalah amat sedikit dan satu penemuan telah dibuat yang membolehkan pokok depu/karas/aquilaria menghasilkan Gaharu secara maksimum yang akan memberikan hasil yang amat tinggi kepada pengusaha ladang aquilaria ini.

Dipercayai Tanah Seluas 1 ekar boleh di tanam sebanyak 1000 pokok dan boleh menghasilkan jualan sebanyak RM1,000,000.00 (Anggaran). Jarak Tanaman adalah 2M x 2M, 2M x 3M atau 3M x 3M ditanam selama 5-6 tahun untuk benih aq. subintegra atau aq. crassna di mana pada tahun ke 5 disuntik dengan sejenis ubat dan dibiarkan selama 1-2 tahun. Manakala bagi benih tempatan iaitu aq. malacensis ianya memerlukan tempuh selama 7-8 tahun untuk tujuan penyuntikan.

Saudara-saudara kami sesama Islam yang ingin membangunkan ekonomi bersama-sama kami bolehlah menghubungi kami dan berbincang macamana untuk kita mendapat keredaan Allah Taala dan berjaya dalam bidang ini.

Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.